Bagaimana Perjalanan JDT Sampai Ke Final Piala AFC 2015

Bagaimana Perjalanan JDT Sampai Ke Final Piala AFC 2015

Getbola.net - Berita olahraga dan Prediksi sepakbola terkini seputar kejadian dan info terhangat dari lapangan hijau akan mencoba berbagi berita Bagaimana Perjalanan JDT Sampai Ke Final Piala AFC 2015

Bersempena final Piala AFC 2015 antara FC Istiklol dan JDT pada 31 Oktober 2015 ini, kami mengimbas kembali laluan yang ditempuhi JDT untuk menjadi pasukan Malaysia pertama yang layak ke final Piala AFC.

Pusingan pertama play-off Asian Champions League (ACL) 2015

JDT 2-1 Bengaluru FC

3 hari selepas kemenangan 2-0 menewaskan Pahang untuk menjulang Piala Sumbangsih 2015, JDT berdepan dengan Bengaluru FC yang dibintangi kapten pasukan kebangsaan India, Sunil Chhetri.

JDT bermula dengan baik apabila Hariss Harun menanduk masuk gol pendahuluan JDT pada minit 47′. Tetapi Bengaluru FC menyamakan kedudukan pada minit 90′ untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

S. Chanturu muncul sebagai wira JDT selepas menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan. Dengan kemennagan 2-1 ini, JDT mara ke pusingan kedua play-off Asian Champions League (ACL) 2015.

Pusingan kedua play-off Asian Champions League (ACL) 2015

Bangkok Glass 3-0 JDT

Lawatan JDT untuk menentang Bangkok Glass kelihatan sukar sebelum sepak mula apabila mereka terpaksa meninggalkan Luciano Figueroa, Safee Sali, Aidil Zafuan dan Amri Yahyah yang cedera.

JDT tewas 3-0. Kekalahan ini bermakna hasrat JDT untuk layak ke Asian Champions League telah berakhir. Tetapi cabaran mereka di Piala AFC baru bermula.

JDT diundi dalam satu kumpulan dengan Kitchee FC (Hong Kong), East Bengal FC (India) dan Balestier Khalsa (Singapura).

Peringkat kumpulan Piala AFC 2015

Kumpulan F – Pertama (menang 5, seri 0, kalah 1)

JDT memulakan kempen Piala AFC mereka dengan kemenangan dominan 4-1 ke atas East Bengal FC.

lrp_3179_0

Bagaimanapun JDT dipaksa bekerja keras dalam perlawanan kedua menentang Balestier Khalsa. Ketika perlawanan nampak menuju seri 0-0 dan hanya berbaki 1 minit, bek kiri Asrarudin Putra menjaringkan gol tunggal perlawanaan.

2 kemenangan dalam 2 perlawanan adalah permulaan yang cemerlang. Tetapi ia diikuti oleh kekalahan 0-2 di Hong Kong ketika menentang Kitchee FC.

Tetapi lain ceritanya apabila Kitchee FC datang melawat Larkin.

Dengan kembalinya penyerang prolifik Luciano Figueroa yang menjaringkan 1 gol, JDT berjaya membalas dendam kekalahan di Hong Kong dengan kemenangan 2-0 di Larkin.

Apabila Bojan Hodak dipecat, Ismail Ibrahim diarahkan untuk mengambil alih JDT dalam perlawanan ke-5 kumpulan menentang East Bengal FC.

Menentang East Bengal FC di India, JDT memanfaatkan tuah gol sendiri seawal minit 6′ untuk menang 1-0. JDT dipaksa bekerja keras, terutamanya di bahagian pertahanan, untuk mempertahankan 1 gol tersebut.

Di bawah kendalian jurulatih baru, Mario Gomez, JDT tidak mempunyai masalah mengekalkan rekod kebal JDT di halaman sendiri.

3 gol pada separuh masa kedua memberikan JDT kemenangan 3-0 ke atas Balestier Khalsa dalam perlawanan terakhir kumpulan.

JDT layak ke pusingan 16 pasukan terakhir sebagai juara kumpulan F. Mereka dijadualkan bertemu naib juara kumpulan H, Ayeyawady United dari Myanmar.

Pusingan 16 pasukan terakhir Piala AFC 2015

JDT 5-0 Ayeyawady United

Siapa boleh lupa aksi Jorge Pereyra Diaz dalam perlawanan ini?

Seawal minit ke-2′ lagi Safiq Rahim sudah membocori gawang Ayeyawady hasil hantaran satu dua dengan Diaz.

Walaupun sudah beberapa bulan tidak bermain untuk JDT, Diaz tiada masalah untuk menyumbang 2 gol dan 2 assists. Luciano Figueroa pula menjaringkan 2 gol dan menyumbang 1 assist.

JDT nyata satu kelas di atas Ayeyawady United sepanjang perlawanan untuk menang 5-0.

Suku akhir Piala AFC 2015

JDT vs South China (JDT menang agregat 4-2)

Perlawanan ini menarik kerana Mario Gomez bakal bertembung dengan bekas pasukan kendaliannya sebelum ke JDT, iaitu South China.

Perlawanan pertama berlangsung di Larkin. JDT bermula dengan baik apabila mendahului 1-0 menerusi penalti Luciano Figueroa pada minit 49′.

Tetapi pemain sayap kanan South China, Mahama Awal menjaringkan gol penyamaan pada minit 63′ untuk memastikan pasukannya pulang dengan 1 gol di tempat lawan.

052-compressed

Dalam perlawanan kedua, JDT bertandang ke halaman South China. Mahali Jasuli memberikan awal goal yang penting untuk JDT pada minit 26′.

Seminit kemudian, South China menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain sama yang menjaringkan gol di Larkin, Mahama Awal. Perlawanan terikat dengan agregat 2-2.

Bagaimanapun JDT kembali mendahului 3 minit kemudian apabila penjaga gol South China dari Ecuador, Christian Mora gagal menampan kemas hantaran lintang Figueroa untuk menghadiahkan gol kepada Safee Sali.

Kekuatan mental JDT diuji sekali lagi apabila Figueroa diperintah keluar padang pada minit 36′ selepas didakwa menyiku pemain lawan. Kali ini, JDT terpaksa mempertahankan kelebihan gol mereka dengan 10 pemain pula.

Sedang South China sibuk menyerang, kealpaan mereka di bahagian pertahanan dihukum sekali lagi oleh Safee Sali pada minit 47′. JDT menang 3-1 sekaligus layak ke separuh akhir dengan agregat 4-2.

Separuh akhir Piala AFC 2015

JDT vs Al Qadsia (JDT layak selepas Kuwait FA digantung oleh FIFA)

Menentang Al Qadsia – pasukan dari Asia Barat dan juara bertahan Piala AFC pula – sentiasa menjadi cabaran buat mana-mana pasukan dari Asia Tenggara. Itulah cabaran JDT dalam separuh akhir.

Untuk menabur garam ke luka, Luciano Figueroa pula tidak dapat diturunkan kerana menjalani penggantungan 1 perlawanan.

JDT bermula buruk pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 2-0. Pada separuh masa kedua, Al Qadsia menambah lagi 1 gol.

Pada minit 82′, Amri Yahyah menjaringkan gol cantik untuk memberikan JDT satu away goal dan harapan menjelang pertemuan kedua di Larkin nanti.

Bagaimanapun belum sempat perlawanan kedua berlangsung, Kuwait FA digantung oleh FIFA selepas kerajaan Kuwait campur tangan dalam urusan pentadbirannya.

Semua pasukan dari Kuwait dilarang bertanding dalam mana-mana kejohanan FIFA dan AFC. Ini termasuklah Piala AFC.

Keputusan ini melayakkan JDT dan FC Istiklol secara automatik ke final Piala AFC 2015.

Final Piala AFC 2015

FC Istiklol vs JDT

JDT dijadualkan akan bertemu FC Istiklol di Stadium Republican Central, Dushanbe, Tajikistan pada Sabtu, 31 Oktober 2015 ini. Perlawanan akan berlangsung jam 8 malam waktu Malaysia.

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di TV9 dan boleh ditonton secara online di Tonton

Square-AFC-Final 720

The post Bagaimana Perjalanan JDT Sampai Ke Final Piala AFC 2015 appeared first on Semuanya BOLA.

Ikuti perkembangan berita dunia olahraga dan prediksi skor bola menarik lainnya di situs Getbola.net.
--
This message has been scanned for viruses and dangerous content by
E.F.A. Project, and is believed to be clean.