Analisis: Juventus dan Pogba Mesti Perbaiki Konsistensi

Analisis: Juventus dan Pogba Mesti Perbaiki Konsistensi

Getbola.net - Berita olahraga dan Prediksi sepakbola terkini seputar kejadian dan info terhangat dari lapangan hijau akan mencoba berbagi berita Analisis: Juventus dan Pogba Mesti Perbaiki Konsistensi

Agak janggal untuk menggunakan perkataan ‘klasik’ kepada pemain yang baru berusia 22 tahun.

Tetapi bagi sesiapa yang menonton perlawanan Juventus menentang Borussia Monchengladbach pada awal pagi Jumaat minggu lepas, anda pasti bersetuju – Paul Pogba telah memberikan persembahan klasiknya.

Sebelum ini, Pogba kelihatan berkarat. Beliau tidak dapat membuat keputusan betul – sama ada untuk terus menggelecek di tengah atau menggunakan servis rakan sepasukannya lebih kerap.

Dalam erti kata lain, Pogba seakan-akan terbeban dengan no.10 di jersinya. Beliau kelihatan terdesak untuk membuktikan beliau adalah pemain penting.

Pengurus Juventus, Max Allegri mengaku beliau mahukan persembahan yang lebih mantap lagi daripada Pogba.

“Beliau adalah pemain penting untuk Juventus, pemain yang perlu banyak menyumbang kepada pasukan dan saya mempunyai jangkaan tinggi terhadapnya.”

Pogba kehilangan shooting boot?

Dalam perlawanan menentang Borussia Monchengladbach, Pogba kembali menyerlah.

Di jentera tengah, Pogba adalah pemain yang paling banyak menerima bola. Beliau kelihatan mula mengikuti arahan taktikal Allegri. Keep it simple. Jangan gelecek terlalu ramai pemain di tengah.

Cuma di bahagian penyudah, Pogba kelihatan terlalu mendesak untuk mencuba.

Juventus melepaskan 21 rembatan ke arah pintu gol Monchengladbach. Dan 10 datang daripada Pogba. Tetapi hanya 2 rembatan Pogba menemui sasaran.

View image | gettyimages.com


Di kawasan middle third, Pogba seolah-olah memaksa dirinya untuk menjadi pemain yang melakukan magik. Pemain yang menjaringkan gol. Pemain yang melakukan sesuatu yang luar biasa.

Terbeban dengan jersi no.10

Ramai penyokong Juventus berpendapat pemergian pemain tengah senior seperti Arturo Vidal dan Andrea Pirli menyumbang kepada penurunan prestasi Pogba.

Tetapi Pogba menolak sangkaan tersebut.

“10 hanyalah nombor. Kalau saya jaringkan 1 gol tadi, tiada siapa yang akan mempersoalkan tentang no.10 yang saya pakai.”

Sebaliknya Pogba percaya golnya akan datang jika beliau terus diberikan kepercayaan oleh Allegri.

“Betul, saya kena buat apa yang jurulatih suruh. Jangan gelecek terlalu ramai pemain di tengah. Tapi itu juga gaya permainan dan identiti saya.”

“Saya hanya perlu bersabar. Saya harap gol akan tiba dan saya akan terus dipilih untuk bermain.”

Prestasi Pogba di jentera tengah menggambarkan prestasi semasa pasukannya. Juventus dominan di semua bahagian. Tetapi tidak pula menyerlah.

Monchengladbach bertahan dengan baik sehingga memaksa Juventus untuk mencuba dari luar kotak penalti sahaja.

Umpama perlawanan tinju

Gianluigi Buffon – pemain yang mencipta sejarah apabila melepasi rekod Alessandro Del Piero sebagai pemain paling lama berkhidmat untuk Juventus – menyamakan perlawanan itu dengan tinju.

View image | gettyimages.com


Juventus menang semua mata, tetapi tak mampu membuat tumbukan KO. Juventus sekadar seri 0-0 dengan Borussia Monchengladbach.

I Bianconeri kelihatan letih terutamanya selepas separuh masa pertama. Situasi ini memaksa Allegri untuk membuat pertukaran pemain. Simone Zaza masuk menggantikan Mario Mandzukic pada minit 70′.

Sementara itu, Paulo Dybala dikekalkan di bangku simpanan (sehinggalah pada minit 81′ untuk menggantikan Alvaro Morata).

Sebelum perlawanan, Allegri menegaskan Juventus memerlukan 2 penyerang yang lebih fizikal. Sebab itulah Simone Zaza dipilih untuk menggantikan Mandzukic.

Tetapi kemasukan Zaza tidak mengubah apa-apa. Jika Juventus memerlukan seorang pemain untuk membantu Pogba melakukan magik, ia adalah Dybala. Tetapi Dybala hanya diberi 10 minit untuk menunjukkan kebolehannya.

Gandingan Mandzukic dan Morata mungkin boleh bersaing dengan 2-3 pemain pertahanan tengah secara fizikal. Tetapi kedua-duanya adalah pemain dalam acuan yang sama. Begitu juga dengan Simone Zaza.

Dybala perlu bermula

Apa yang Juventus perlukan adalah gandingan 2 penyerang yang mempunyai elemen fizikal dan flair. Mandzukic, Morata dan Zaza boleh membekalkan elemen fizikal.

Tetapi hanya Dybala yang boleh membekalkan elemen flair dalam jentera serangan Juventus. Lihat saja apa yang Dybala boleh lakukan ketika perlawanan Serie A menentang Atalanta.

View image | gettyimages.com


Allegri perlu berhenti bereksperimen dengan gandingan penyerangnya. Dybala harus bermula dalam kesebelasan utama. Konsistensi mereka dalam serangan mesti diperbaiki.

Hanya dengan cara ini I Bianconeri boleh memperbaiki prestasi mereka.

Baca juga: Taktikal Juventus 2015/2016: Bagaimana Mereka Bermain?

The post Analisis: Juventus dan Pogba Mesti Perbaiki Konsistensi appeared first on Semuanya BOLA.

Ikuti perkembangan berita dunia olahraga dan prediksi skor bola menarik lainnya di situs Getbola.net.
--
This message has been scanned for viruses and dangerous content by
E.F.A. Project, and is believed to be clean.